• DiGi kini mula menawarkan 4G LTE

    DiGi 4G LTE

    5 Julai 2013 - Setelah Maxis dan Celcom memperkenalkan perkhidmatan 4G LTE kepada pengguna mereka, kini tibalah pula giliran DiGi. Syarikat telekomunikasi berkenaan telah mula menawarkan perkhidmatan 4G LTE di beberapa buah kawasan di Lembah Klang termasuk Pudu, Jalan Sultan Ismail, Jalan Yap Kwan Seng, Bukit Bintang, Kota Damansara dan Subang - Indah Villa. Pengguna sudah boleh memeriksa kawasan-kawasan yang diliputi dengan perkhidmatan berkenaan di sini.

    Lokasi 4G LTE DiGi

    Buat masa ini hanya beberapa peranti tablet dan modem jalur lebar (broadband) sahaja yang boleh menggunakan DiGi 4G LTE. Tidak seperti Maxis sebelum ini, sebagai permulaan, DiGi 4G LTE hanya boleh digunakan dalam 3 tablet yang terpilih iaitu Asus Transformer Pad TF300TL, Asus Transformer Pad Infinity dan Sony Experia Tablet Z. Nampaknya pengguna iPhone 5 dan iPad terpaksa menunggu giliran sebelum mereka dapat menggunakan perkhidmatan ini.

    DiGi 4G LTE tablet

    Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan jalur lebar pantas daripada DiGi ini, sila layari laman web mereka di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain