• Drexar21 tersenarai dalam Top50 untuk 2 kategori WWWOW Awards


    3 Julai 2013 - DiGi telah pun menyenaraikan 50 buah blog yang menjadi pilihan ramai bagi setiap kategori di dalam WWWOW Awards baru-baru ini. Berita yang menggembirakan buat saya apabila Drexar21.my telah pun disenaraikan dalam 50 buah blogger terpopular bagi dua kategori iaitu Blogger of The Year dan Fave Tech Head. Terima kasih diucapkan buat mereka yang ringan tangan untuk mengundi blog ini setiap hari. Kalau tiada pembaca dan pengundi, sudah pasti Drexar21.my tidak akan disenarai pendek.


    Bermula daripada 24 Jun sehingga 5 Julai ini, proses pemarkahan akan dibuat oleh panel juri yang terpilih. Menariknya Tekong daripada Amanz.my juga merupakan salah satu juri bagi anugerah ini. Majlis rasmi DiGi WWWOW Awards bakal diadakan pada 6 Julai 2013 di salah sebuah Starbucks di kawasan Lembah Klang. Informasi berkenaan majlis berkenaan masih belum diumumkan lagi.

    Sekali lagi, terima kasih kepada semua pengundi dan pembaca Drexar21.my

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain