• Flipboard ingin menyaman Flowboard

    14 Julai 2013 - Nampaknya Flipboard tidak berpuas hati dengan sebuah aplikasi daripada Treemo bernama Flowboard baru-baru ini. Mereka dikatakan telah mengeluarkan saman ke atas syarikat berkenaan atas alasan penggunaan nama Flowboard telah membuat pengguna keliru dan melanggar tanda dagangan Flipboard. Sehubungan dengan perkara itu, Treemo telah membalas semula dengan meminta Flipboard mengemukakan bukti penamaan Flowboard telah mengelirukan pengguna terhadap penjenamaan Flipboard. Tidak pasti pihak mana yang mengeluarkan saman itu terdahulu kerana kedua-dua pihak memberikan cerita yang berlainan dan saling tuding-menuding sesama sendiri.

    Kedua-dua aplikasi berkenaan sebenarnya memberikan fungsi yang amat berlainan. Flipboard merupakan sebuah aplikasi yang membenarkan pengguna mengumpulkan koleksi RSS feed daripada pelbagai sumber termasuk media sosial seperti Facebook dan Twitter. Flowboard pula lebih kepada aplikasi yang mampu membantu pengguna menyimpan idea dan menghasilkan sebuah persembahan (presentation) secara terus daripada tablet.

    Treemo sebelum ini telah pun mendapatkan tanda dagangan untuk nama Flowboard pada tarikh 23 April 2013.

    [Sumber informasi] TechCrunch

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain