• Fungsi Moto X tersebar di dalam video syarikat telekomunikasi Kanada

    Moto X video

    14 Julai 2013 - Nampaknya setiap hari, ada sahaja berita berkaitan telefon terbaru Motorola yang dikenali sebagai Moto X. Walaupun ia masih lagi belum dilancarkan secara rasmi, namun sebuah video telah tersebar di laman Torrent menunjukkan fungsi-fungsi terbaru yang bakal didatangkan bersama di dalam Moto X tidak lama lagi. Berdasarkan video berkenaan, Moto X dijangka bakal tiba di Kanada melalui syarikat telekomunikasi Roggers seawal bulan Ogos ini. Ia juga didatangkan dalam dua warna yang berlainan iaitu hitam dan putih.

    Salah satu fungsi yang diperkenalkan adalah sistem Google Now yang sentiasa aktif walaupun pengguna tidak memegang Moto X. Pengguna hanya perlu menyebut "Ok, Google Now..." di permulaan ayat dan terus menanyakan soalan yang ingin ditanya seperti arah jalan yang ingin dituju, dan tetapan penggera. Moto X juga mempunyai sistem notifikasi yang hampir menyerupai MeeGo di mana ia akan menunjukkan notifikasi mengikut aplikasi ketika dalam keadaan siap sedia (standby).

    Untuk membuka aplikasi kamera, pengguna hanya perlu twist pergelangan tangan sebanyak dua kali sambil memegang Moto X. Apabila aplikasi berkenaan telah dibuka, tangkapan gambar boleh dibuat dengan hanya menekan mana-mana bahagian skrin sentuh. Gambar boleh ditangkap dengan banyak sekaligus dengan hanya menahan jari di atas skrin sentuh sehingga berpuas hati. 

    Moto X video

    Moto X video

    Moto X kamera

    video

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain