• Gambar Google Nexus 7 terbaru tersebar di Internet


    22 Julai 2013 - Gambar di atas merupakan gambar Nexus 7 terbaru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Masih lagi meletakkan kepercayaan pada Asus sebagai pengeluar, Google Nexus 7 generasi kedua tidak memperlihatkan banyak perubahan yang ketara melainkan kedudukan kamera di bahagian hadapannya yang diletakkan di bahagian sisi kanan.

    Berdasarkan maklumat yang tidak rasmi, Nexus 7 generasi kedua ini bakal menggunakan resolusi 1920 x 1200 di samping lengkap dengan cip pemprosesan empat teras 1.5GHz dan 2/4 GB RAM. Walau bagaimanpun, apa yang dinantikan ramai pengguna sebenarnya bukanlah terletak pada reka bentuk Nexus 7 ini. Ramai yang lebih tidak sabar menunggu apakah perubahan yang bakal diperlihatkan pada sistem operasi Android 4.3.


    Tablet terbaru ini dijangka bakal diperkenalkan pada penghujung bulan Julai ini di kedai Google Play Store. Sayang sekali tiada lagi kedai berkenaan yang dibuka di negara kita.

    [Sumber informasi] Techcrunch

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain