• Gambaran awal iPhone bajet rendah mula kelihatan


    4 Julai 2013 - Beberapa rupa luaran iPhone berbajet rendah telah pun mula kelihatan di Internet sejak minggu lalu dan ramai yang mula menunjukkan minat untuk memilikinya. Apa yang menarik adalah telefon pintar keluaran Apple itu dijangka akan didatangkan dalam pelbagai warna yang boleh dipilih, sama seperti iPod Touch generasi terkini.

    Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan, iPhone terbaru ini bakal menggunakan binaan plastik di samping mempunyai kepanjangan yang hampir serupa seperti sebuah iPhone 5. Ia mungkin akan didatangkan dengan lima warna yang berlainan iaitu putih, kuning, merah, hijau dan biru.




    MacRumors dengan kerjasama Federico Ciccarese telah pun menghasilkan beberapa buah gambaran awal dalam bentuk 3D berasaskan gambar-gambar iPhone bajet rendah yang tersebar di Internet. Mereka menganggarkan ia mempunyai ketebalan 8.5mm. Jika dilihat secara keseluruhan, ia memang amat mirip kepada iPod Touch generasi ke-5.



    [Sumber gambar] MacRumors, Mashable, Ciccaresedesign

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain