• Google Chromecast pesaing Apple TV


    25 Julai 2013 - Google telah memperkenalkan peneman terbaru untuk set televisyen di rumah iaitu Google Chromecast. Peranti sebesar pemacu USB ini mampu membolehkan pengguna menonton video dari Internet dengan mudah walaupun anda tidak memiliki sebuah TV pintar. Chromecast merupakan sebuah dongle HDMI yang boleh berkomunikasi dengan aplikasi video dan audio seperti YouTube, dan Netflix. Ia boleh digunakan bersama-sama peranti Android dan iOS.

    Selain daripada itu, pengguna juga boleh menayangkan laman web yang dibuka di dalam Google Chrome ke televisyen dengan mudah. Ia boleh berkomunikasi dengan pelayar Internet Chrome di dalam sistem operasi Windows mahupun Mac OSX. Buat masa ini Chromecast hanya menyokong beberapa aplikasi iaitu:
    • YouTube
    • Netflix
    • Google Play
    • Google Music
    • Chrome untuk Windows, Mac dan Chromebook Pixel


    Konsep yang diperkenalkan oleh Google adalah sama seperti AirPlay yang terdapat pada Apple TV ketika ini. Walau bagaimanapun, Chromecast mempunyai kelebihan dari segi penggunaan dari pelbagai platform. Harganya yang murah juga dijangka menjadi faktor utama kepada kejayaannyaa. Chromecast kini sudah pun dijual di Internet pada harga USD35 (RM112). Tiada sebarang kenyataan bilakah peranti ini akan dijual di Malaysia.



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain