• Google Maps untuk iOS kini menyokong navigasi di Malaysia

    17 Julai 2013 - Aplikasi pemetaan popular, Google Maps akhirnya telah membawa masuk fungsi navigasi untuk pengguna iOS di Malaysia baru-baru ini. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mendapatkan peta di seluruh dunia termasuk Malaysia dengan pantas dan tepat sama seperti yang terdapat di dalam Google Maps versi web. Pengguna dapat mencari tempat-tempat popular dengan mudah kerana Google Maps sudah terkenal dengan bilangan POI (Point of Interest) yang banyak.

    Apa yang menjadikan ia lebih menarik adalah Google Maps kini membawakan sistem navigasi bersuara untuk perjalanan di seluruh Malaysia. Terdapat juga pilihan jenis pengangkutan yang anda ingin gunakan termasuk kereta, pengangkutan awam ataupun berjalan kaki. Informasi berkenaan LRT, Komuter dan ERL juga disertakan bersama bagi memudahkan pengguna terutamanya para pelancong dari dalam dan luar negara.

    Sekiranya anda berminat, anda boleh memuat turun aplikasi ini di peranti iOS di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain