• HTC One versi mini tetap hadir dengan kamera Ultrapixel


    19 Julai 2013 - HTC nampaknya mula mengikuti jejak langkah Samsung apabila mereka memperkenalkan HTC One Mini semalam. Versi mini bagi HTC One ini dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi teras Qualcomm Snapdragon 400 1.4GHz, 1GB RAM, dan storan dalaman 16GB. Seperti namanya, ia lebih kecil berbanding HTC One yang sedia ada dengan ukuran 132 x 63.2 x 9.25mm. Ia juga hanya seberat 122g sahaja.

    Teknologi kamera Ultrapixel yang popular sebelum ini juga dilengkapkan sekali ke dalam telefon ini di samping penggunaan dwi pembesar suara Boomsound. Ia menggunakan Android Jellybean 4.2.2 bersama-sama antaramuka HTC Sense UI.

    Tidak banyak yang berbeza dari segi rekaan luaran telefon ini dengan HTC One namun dijangka ia akan dijual pada harga yang lebih murah atas faktor spesifikasi dalamannya yang lebih rendah. HTC One mini bakal didatangkan dalam dua warna yang berbeza iaitu putih dan hitam.



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain