• HyppTV kini boleh dilanggan oleh pengguna Streamyx


    22 Julai 2013 - Sebelum ini, kita sering mengaitkan perkhidmatan IPTV, HyppTV bersama UniFi yang ditawarkan oleh TM. Kini, syarikat berkenaan telah membuka peluang yang lebih besar buat para pengguna di seluruh Malaysia apabila Streamyx juga membawakan perkhidmatan HyppTV bersama-samanya. Walau bagaimanapun, perkhidmatan IPTV hanya terhad untuk pengguna Streamyx 4Mbps dan 8Mbps sahaja buat masa ini.




    Pakej yang ditawarkan bagi pengguna Streamyx 8Mbps dan 4Mbps juga berbeza. Dengan bayaran bulanan RM160 sebulan, pengguna boleh mendapat 17 saluran HyppTV percuma di samping internet berkelajuan 8Mbps. Pengguna boleh memilih sama ada untuk melanggan kepada Platinum Pack (tambahan RM30 sebulan) ataupun tidak. Berlainan untuk pakej Streamyx 4Mbps, pengguna akan mendapat kesemua saluran HyppTV yang percuma, saluran dalam Platinum Pack di samping internet 4Mbps. Kesemuanya pada harga RM140 sebulan.


    Selain daripada itu, TM juga menawarkan perkhidmatan HyppTV mudah alih seumpama Astro On The Go. Dengan bayaran tambahan serendah RM5 sebulan, pengguna boleh menonton rancangan yang mereka minati di dalam HyppTV di mana sahaja mereka berada (bergantung kepada sambungan Internet). Menariknya, pengguna HyppTV yang telah melanggan kepada mana-mana pakej Platinum, Mega, Sports dan Ruby boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma.

    Buat masa ini TM sedang menjalankan promosi percubaan secara percuma sehingga 30 September 2013. Aplikasi ini boleh dimuat turun di dalam peranti iOS, Android dan Windows.

    [Laman rasmi] HyppTV

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain