• Instagram Video kini menyokong kamera hadapan

    Instagram Video and Landspcae Mode

    6 Julai 2013 - Instagram hari ini telah mengeluarkan kemaskini terbaru iaitu versi 4.0.2 bagi membantu mereka yang suka merekod video diri sendiri. Kini, pengguna sudah boleh menggunakan kamera di bahagian hadapan untuk merekod video dan dimuat naik ke dalam akaun Instagram anda. Walau bagaimanapun, kemaskini ini hanya terhad untuk penggun iOS sahaja buat masa ini. Dijangkakan pengguna Android bakal menerima kemaskini yang sama pada minggu hadapan.

    Selain daripada itu, Instagram versi terkini juga menyokong mode landscape untuk menangkap gambar mahupun video. Pengguna hanya perlu mengubah posisi iPhone mereka daripada menegak kepada melintang untuk melihat perubahan ini. Walaupun perubahan ini hanya minimal sahaja, namun ia pasti berguna buat mereka yang suka menangkap gambar atau video secara melintang. Gambar dan video yang ditangkap tetap menggunakan format 1x1 (segiempat sama).

    Instagram 4.0.2

    Untuk memuat turun aplikasi Instagram untuk iOS, sila klik pautan di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain