• iPad generasi kelima mungkin tidak hadir bersama iPad Mini terbaru


    9 Julai 2013 - Berdasarkan khabar angin yang diterima daripada DigiTimes, terdapat kemungkinan Apple akan memperkenalkan iPad generasi kelima seawal bulan September ini. Walau bagaimanapun, kemungkinan besar iPad Mini tidak akan dibawakan bersama-sama semasa pelancaran berkenaan. Ini bermakna pengguna terpaksa menunggu sekiranya mereka inginkan sebuah iPad Mini dengan teknologi paparan Retina.


    DigiTimes juga mendakwa rekaan terbaru iPad akan menjadi lebih nipis, di samping kadar pengguna tiub LED di dalam peranti yang dikurangkan bagi memastikan jangka hayat bateri yang lebih lama. Dari segi spesifikasi, tidak banyak yang telah diperkatakan namun ia berkemungkinan besar mempunyai skrin yang lebih luas walaupun tablet berkenaan bersaiz 9.7 inci.

    Apple juga dikatakan sedang memikirkan strategi terbaru untuk iPad Mini yang bakal bersaing sengit dengan telefon pintar berskrin besar daripada Samsung dan juga HTC. Mungkinkah kita bakal melihat iPad Mini dengan sokongan untuk menjawab panggilan dan menghantar SMS? Sama-sama kita nantikan.

    [Sumber informasi] DigiTimes

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain