• Ketahui prestasi laman web dan blog melalui Nibbler


    17 Julai 2013 - Jika anda seorang pembangun laman web mahupun penulis blog, anda sudah pasti ingin mengetahui prestasi laman yang telah direka. Nibbler merupakan sebuah perkhidmatan web yang mampu menilai sesebuah laman web dengan mudah di samping memberikan markah setelah penilaian selesai dibuat. Ia dihasilkan oleh Silktide yang sememangnya arif dalam pembikinan sistem untuk web.

    Setiap laman web dan blog yang dinilai oleh Nibbler akan diberikan markah berdasarkan pelbagai kriteria penting seperti SEO (Search Engine Optimization), penggunaan media sosial dan teknologi yang diimplimentasikan ke dalamnya. Markah tertinggi bagi sistem pemarkahannya adalah 10. Selain daripada itu, Nibbler juga mempunyai Badges yang boleh dikumpul bagi menunjukkan pencapaian laman web anda. Ia sedikit sebanyak menjadikan proses penilaian ini menjadi lebih menarik.



    Menariknya, perkhidmatan ini adalah percuma untuk digunakan oleh semua. Pemilik laman web dan blog boleh menuntut hak ke atas laman mereka di dalam Nibbler sama seperti yang terdapat di dalam Alexa. Lebih daripada satu laman boleh dituntut oleh setiap pemilik akaun.

    Jadi apa lagi, cubalah nilai laman web dan blog anda di sana :)

    [Laman rami] Nibbler

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain