• Maxis Bites tawarkan penggunaan Facebook, Twitter dan Whatsapp tanpa had


    8 Julai 2013 - Maxis telah memperkenalkan pakej tambahan buat para pelanggan pasca-bayar mereka yang diberi nama Maxis Bites™. Pelan ini sesuai buat mereka yang gemar menggunakan Facebook, Twitter dan Whatsapp setiap hari kerana ia menawarkan sambungan tanpa had bagi aplikasi dan laman web berkenaan.


    Pada harga tambahan serendah RM8 sebulan, pengguna Maxis bakal boleh mengakses laman m.facebook.com, m.twitter.com dan aplikasi Whatsapp tanpa sebarang masalah di samping mendapat 100 SMS percuma ke mana-mana nombor Maxis/Hotlink. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk untuk aplikasi Facebook dan Twitter kerana ia dicaj secara berlainan. Malah untuk menggunakan pakej Big Bites™, anda perlulah melanggan kepada salah satu pelan Internet Maxis.

    Sekiranya anda tidak melanggan kepada pelan Internet Maxis, anda tetap boleh melanggan kepada pakej Maxis Bites™ melalui Social Bites™ dan Chat Bites™. Harganya lebih mahal berbanding pakej Big Bites™ namun ia boleh dijadikan sebagai pilihan tambahan bagi yang memerlukan. Social Bites™ lebih menumpukan kepada akses laman Facebook dan Twitter Mobile, manakala Chat Bites™ pula memberikan akses tanpa had untuk Whatsapp.


    Bagi pengguna Maxis yang ingin melanggan, anda perlu mendail *100# daripada telefon pintar anda dan memilih seleksi Internet & Settings > Monthly Data Bites. Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej terbaru ini, sila layari laman rasmi Maxis di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain