• Maxis menghadiahkan Jambox percuma untuk pengguna baru iPhone 5

    Jawbone Jambox

    14 Julai 2013 - Maxis kini menawarkan Jambox keluaran Jawbone secara percuma bagi setiap pembelian iPhone 5 64GB yang baru melalui pelan iValue yang ditawarkan mereka. Jawbone Jambox merupakan sebuah pembesar suara tanpa wayar yang boleh dihubungkan kepada iPhone mahupun iPad anda melalui sambungan Bluetooth. Bunyi yang dihasilkannya juga amat berkualiti sesuai digunakan di mana saja (termasuk waktu mesyuarat).

    Jawbone Jambox Maxis iPhone 5 64GB

    Jawbone Jambox

    Walau bagaimanapun perlu diingatkan tidak semua Maxis Centre yang menawarkan promosi ini. Hanya Maxis Centre yang terpilih sahaja yang kini menawarkannya termasuklah Maxis Centre KLCC, The Gardens, Sunway Pyramid dan TTDI. Pengguna yang tiada di kawasan Lembah Klang tidak perlu risau kerana promosi ini juga ditawarkan buat mereka yang mengambil pelan iValue (iPhone 5 64GB) melalui pembelian atas talian.


    Harga Jawbone Jambox di pasaran Malaysia ketika ini adalah RM749 (Lazada)

    [Maklumat lanjut] Maxis

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain