• Maxis tawarkan hadiah menarik buat pengguna Waze

    Kempen penggunaan Waze dari Maxis
    10 Julai 2013 - Sekiranya anda merupakan seorang pelanggan pelan jalur lebar Maxis, pastikan anda menyertai kempen Maxis Waze yang telah bermula sejak 17 Jun yang lalu sehingga 31 Julai ini. Setiap minggu, bakal terdapat seorang pemenang bertuah yang akan membawa pulang baucar petrol RM150 dan hadiah saguhati daripada Waze/Maxis beserta aksesori kereta. Tempat kedua bakal menerima baucar petrol RM100 manakal yang ketiga sebanyak RM50.

    Kempen penggunaan Waze dari Maxis

    Cara untuk menyertai kempen ini amat mudah kerana anda hanya perlu memuat turun aplikasi Waze ke dalam peranti Android atau iPhone anda dan gunakannya setiap kali anda memandu. Setiap minggu, mereka yang mendapat 3 markah tertinggi bakal menerima notifikasi di dalam peti mesej Waze. Pemenang perlu menghubungi Maxis melalui wazer@maxis.com.my dan menghantar maklumat peribadi mereka termasuk Rewards ID, nama penuh dan nombor kad pengenalan.

    Kempen penggunaan Waze dari Maxis

    Selain daripada itu, 25 pengguna Waze baru yang bertuah juga bakal menerima hadiah saguhati yang dibawakan oleh Maxis dan Waze. Oleh itu, buat para pengguna Maxis di luar sana, jangan lepaskan peluang ini kerana kempen ini amat mudah dan tidak merugikan anda kerana anda tidak perlu berbelanja lebih untuk menyertainya.

    [Sumber informasi] Maxis Wazer Rewards

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain