• Microsoft Kinect yang boleh memahami bahasa isyarat


    23 Julai 2013 - Microsoft Research Asia dan Chinese Academy of Sciences' Institute of Computing Technology telah bekerjasama untuk memanipulasikan sistem Kinect yang terdapat pada Microsoft Xbox 360 untuk memahami bahasa isyarat. Kajian telah dibuat bagi membolehkan mereka yang menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan komputer dengan lebih mudah. Kinect mampu memahami bahasa isyarat melalui pergerakan tangan dan badan manusia.

    Terdapat mod penterjemahan yang membolehkan Kinect menterjemah sesuatu bahasa isyarat kepada perkataan, ayat serta suara. Ia telah diuji pada sepatah perkataan sehinggalah ke suatu ayat panjang yang berterusan. Mod komunikasi pula membenarkan individu yang pekak untuk berkomunikasi dengan orang yang boleh mendengar.


    Melalui pengenalan teknologi sebegini, kita bakal dapat merapatkan jurang komunikasi antara mereka yang mempunyai masalah pendengaran ataupun bisu dengan individu biasa. Mungkin selepas ini Microsoft bakal memudahkan bahasa isyarat ditukar kepada pelbagai bahasa di dunia seperti bahasa Malaysia?

    [Sumber informasi] Mashable

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain