• Moto X direka mengikut citarasa pengguna?

    3 Julai 2013 - Motorola telah pun mengeluarkan sebuah iklan di akhbar harian Amerika yang mengumumkan kehadiran Moto X tidak lama lagi. Moto x bakal menjadi telefon pintar yang dihasilkan sepenuhnya di Texas, Amerika dan dijangka akan menggunakan sistem operasi mudah alih popular, Android. Oleh kerana Motorola kini merupakan salah sebuah syarikat yang bernaung di bawah Google Inc, dijangkakan Moto X bakal menjadi generasi Nexus (Google Phone) yang seterusnya.

    Di dalam iklan Motorola yang yang dikongsikan oleh laman Droid Life, Moto X juga boleh direka mengikut citarasa pengguna. Persoalannya di sini, sejauh manakah pengguna boleh mengubah telefon pintar ini? Buat masa ini kita boleh membuat tiga andaian. Pertama, pengguna berkemungkinan boleh mereka rupa luaran telefon Moto X mengikut kehendak mereka. Mungkin tidak secara keseluruhan, namun kami menjangkakan pengguna boleh mengubah warna Moto X mengikut citarasa mereka. Kedua, pengguna mungkin boleh mengubah rupa dalaman telefon berkenaan iaitu dari segi rupa sistem operasi mereka. Atau yang ketiga, pengguna boleh mengubah kedua-duanya sekali.

    Tiada sebarang informasi buat masa ini sama ada telefon pintar ini akan hadir di Malaysia ataupun tidak.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain