• Motorola perkenalkan 3 telefon pintar baru dalam keluarga Droid


    24 Julai 2013 - Motorola telah memperkenalkan 3 buah telefon pintar terbaru dalam keluarga Droid mereka iaitu Droid Ultra, Mini dan Maxx semalam. Setiap satu telefon pintar ini memiliki kelebihan masing-masing bagi memenuhi citarasa pengguna masa kini. Telefon pintar terbaru Motorola mempunyai satu persamaan yang sama iaitu kesemuanya menggunakan sistem operasi Android 4.2.2, Jelly Bean.

    Motorola Droid Ultra


    Telefon pintar ini lebih menumpukan pada rupa luaran di mana ia adalah telefon pintar 4G/LTE ternipis di dunia. Ia memiliki ketebalan 7.18mm dan hanya seberat 137 gram sahaja. Droid Ultra menggunakan cip pemprosesan utama dwi teras 1.7GHz dan cip grafik empat teras 400MHz dengan RAM 2GB. Oleh kerana Motorola merupakan salah sebuah syarikat Google, terdapat aplikasi Google yang disertakan bersama seperti Gmail, Google Calendar, Google Contact Sync, Google Street View, dan Google Maps Navigation. Kameranya juga tidak mengecewakan kerana dilengkapi dengan teknologi sensor 10MP Clear Pixel.

    Spesifikasi lengkap Motorola Droid Ultra

    Motorola Droid Maxx


    Motorola Droid Maxx pula lebih menumpukan pada ketahanan bateri pada telefon pintar. Menurut Motorola, bateri 3,500mAH telefon ini mampu bertahan selama 2 hari pada kegunaan biasa. Ia juga turut didatangkan dengan pengecas induksi tanpa wayar seumpama Nokia Lumia 820. Dari segi saiz, sudah pasti ia lebih tebal berbanding Droid Ultra dengan ketebalan, 8.5mm dan seberat 167 gram. Spesikasi lain bagi telefon ini adalah sama seperti yang terdapat pada Droid Ultra.

    Spesifikasi lengkap Motorola Droid Maxx

    Motorola Droid Mini


    Bersesuaian dengan namanya, Motorola Droid Mini merupakan telefon yang terkecil jika dibanding dengan ketiga-tiga telefon pintar baru yang diperkenalkan Motorola. Ia memiliki paparan skrin 4.3 inci dengan resolusi 720p definasi tinggi. Menariknya secara keseluruhannya, spesifikasi dalaman yang terdapat pada Droid Mini adalah sama seperti Droid Ultra kecuali pada kapasiti bateri. Ia menggunakan bateri bersaiz 2000mAh.

    Spesifikasi lengkap Motorola Droid Mini

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain