• Nokia EOS bakal ditukar nama menjadi Nokia Lumia 1020


    4 Julai 2013 - Walaupun tinggal seminggu lagi sebelum Nokia akan mengadakan majlis rasmi pelancaran telefon pintar terbaru mereka, ini tidak menghalang beberapa pihak untuk menyebarkan lebih banyak gambar berkaitan telefon yang mempunyai kamera 41 megapiksel ini. Kita sering melihat gambar belakang Nokia EOS ini di serata Internet, kini @evleaks telah menyebarkan gambar telefon ini dari bahagian hadapan. Menariknya ia juga akan dikenali sebagai Nokia Lumia 1020.


    Berdasarkan gambar yang dikongsikan di Twitter @evleaks ini, rupa bahagian hadapan Lumia 1020 kelihatan serupa seperti Nokia Lumia terdahulu namun paparan ikon aplikasi terbaru daripada Nokia telah menarik perhatian banyak pihak. Jika dilihat dengan teliti, terdapat sebuah aplikasi bernama Nokia Pro Cam yang akan disertakan bersama-sama telefon berkenaan. Dijangkakan aplikasi ini bakal digunakan untuk meyokong fungsi sensor kamera 41 megapiksel untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik. Mungkinkah fungsi yang terdapat pada aplikasi kamera asas Windows Phone tidak mencukupi bagi kamera 41 megepiksel ini? Sama-sama kita nantikan majlis Nokia ini pada 11 Julai 2013.



    [Sumber gambar] @evleaks, ViziLeaks, GSMArena

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain