• Nokia Lumia 520 kini Windows Phone paling popular di dunia

    Carta Windows Phone Popular Seluruh Dunia

    15 Julai 2013 - Berdasarkan statistik terbaru yang dikeluarkan oleh AdDuplex, Nokia Lumia 520 kini telah menjadi telefon pintar Windows Phone yang paling popular di dunia mengatasi Lumia 920. Telefon pintar yang mampu milik ini semakin popular dari hari ke hari termasuklah di beberapa buah negara seperti India dan Rusia. Kadar peningkatan yang diperlihatkan oleh Lumia 520 sangat memberangsangkan kerana pada bulan lepas ia menduduki di tangga kelima.

    Nampaknya strategi Nokia dengan memperkenalkan telefon pintar Windows Phone yang mampu milik sememangnya berkesan di beberapa buah negara yang sedang membangun. Sehingga kini, Nokia masih lagi mengekalkan penguasaan mereka ke atas Windows Phone walaupun terdapat beberapa persaingan awal daripada syarikat lain seperti HTC dan Samsung. Dijangkakan statistik ini bakal berubah lagi apabila Nokia Lumia 1020 diperkenalkan secara rasmi ke seluruh dunia.

    Kadar peningkatan populariti Nokia Lumia 520

    Nokia Lumia 520 pelbagai warna

    Nokia Lumia 520

    [Sumber informasi] WPCentral

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain