• Nokia Lumia 520 tidak akan menerima fungsi Glance


    22 Julai 2013 - Pengguna Nokia Lumia sudah pasti tidak sabar menantikan kedatangan kemaskini terbaru Lumia yang dikenali sebagai Amber tidak lama lagi. Kemaskini Amber ini bakal membawakan banyak fungsi termasuklah pengenalan fungsi Glance yang membenarkan telefon anda memaparkan waktu ketika ia berada dalam mode bersedia (standby). Fungsi ini hampir sama seperti yang terdapat pada Nokia N9 sebelum ini.

    Walau bagaimanapun, berita tidak baik buat pengguna Nokia Lumia siri 52x (520 dan 521) kerana Nokia tidak akan membawakan fungsi Glance ini ke dalamnya. Ia berikutan kekurangan pada perkakasan di dalam telefon berkenaan. Demi memastikan Nokia Lumia 520 dijual pada harga yang rendah, Nokia terpaksa menggantikan teknologi AMOLED pada telefon Lumia 520 kepada LCD.



    Bagi pengguna Nokia Lumia yang menggunakan tekonologi AMOLED seperti Lumia 810,820, 925,920 dam 1020, mereka tidak perlu risau kerana telefon berkenaan bakal menerima kemaskini ini seawal bulan Ogos ini.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain