• Nokia Lumia 625 - Skrin besar pada harga yang rendah


    24 Julai 2013 - Akhirnya terjawab juga segala teka-teki yang bermain di fikiran peminat telefon pintar seluruh dunia apabila Nokia memperkenalkan Lumia 625. Telefon pintar ini sememangnya besar untuk keluarga Lumia (lebih besar daripada Lumia 1020 yang memiliki ukuran 4.5 inci). Lumia 625 memiliki cip pemprosesan dwi teras 1.2GHz Snapdragon S4 bersama-sama 512MB RAM. Storan dalamannya adalah sebesar 8GB sahaja namun ia boleh ditambah melalui kad microSD.

    Telefon pintar ini agak luas dengan ukuran 4.7 inci. Namun disebabkan ia merupakan telefon berbajet sederhana, ia hanya memiliki skrin yang beresolusi 800 x 480 piksel sahaja. Kameranya sebesar 5 megapiksel dan dilengkapi dengan flash LED. Menariknya telefon Nokia Lumia 625 telah sedia terbina sambungan 4G/LTE di dalamnya bagi membolehkan pengguna melayari Internet dengan kelajuan yang lebih tinggi (tertakluk pada penyedia rangkaian).

    Anggaran harga jualan adalah RM 922 (220 Euro), tidak termasuk cukai dan kos pengangkutan.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain