• Panasonic perkenalkan telefon rumah berasaskan Android

    30 Julai 2013 - Agak jarang sekali kita mendengar berita berkaitan telefon di rumah yang menggunakan sistem operasi Android. Kali ini, Panasonic telah memulakan langkah baru dengan memperkenalkan Panasonic KX-PRX120 yang dijanakan oleh Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Telefon rumah tanpa wayar yang diperkenalkan mereka mempunyai skrin sebesar 3.5 inci dengan teknologi HVGA (480x320). Walau bagaimanapun, Panasonic tidak menyertakan sebarang informasi berkaitan jenis cip pemprosesan dan RAM yang digunakan.

    Selain daripada mampu menerima dan membuat panggilan seperti telefon rumah biasa, ia juga boleh menggunakan sambungan WiFi, Bluetooth dan juga GPS. Malah sebuah kamera 0.3 megapiksel turut disertakan bersama-sama bagi membolehkan pengguna membuat panggilan video dengan mudah. Ia didatangkan bersama bateri 1450mAh dengan sokongan kad MicroSD.

    Mungkinkah selepas ini pihak Telekom Malaysia (TM) bakal memperkenalkan telefon ini sebagai tambahan buat mereka yang menggunakan telefon di rumah?

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain