• Pemain VLC kini kembali ke dalam iOS


    19 Julai 2013 - Pemain multimedia popular, VLC nampaknya telah muncul semula ke dalam sistem operasi iOS pada hari ini dengan sokongan untuk pengguna iPhone, iPad dan juga iPod Touch. Aplikasi daripada VideoLAN ini sememangnya sudah menjadi kegemaran ramai sehinggakan hampir kebanyakkan komputer peribadi pasti memilikinya. Salah satu sebab mengapa pemain multimedia ini sangat popular adalah kerana ia mampu memainkan banyak format multimedia tanpa pengguna perlu memuat turun apa-apa codec tambahan.


    Kemunculan semula pemain VLC di dalam iOS bakal membenarkan penggunannya memainkan lebih banyak format video yang tidak disokong oleh pemain multimedia yang asal termasuk fail format MKV. Ia turut membawakan beberapa sokongan baru seperti:

    • Penghantaran fail melalui iTunes
    • Integrasi bersama Dropbox bagi memudahkan pengguna menonton video dalam talian.
    • Sokongan sari kata
    • Sokongan AirPlay
    Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain