• Pengerusi Google menggunakan Moto X di tempat awam?

    Moto X bersama pengerusi Google

    13 Julai 2013 - Ketika sebuah sesi mesyuarat di Sun Valley, Idaho, Amerika Syarikat, ramai yang terkejut dengan telefon yang digunakan oleh pengerusi Google, Eric Schmidt. Telefon yang digunakan adalah agak berlainan daripada telefon pintar yang terdapat di pasaran. Malah kelihatan logo Motorola di bahagian belakangnya menjadikan orang ramai tertanya-tanya adakah itu telefon pintar terbaru Motorola iaitu Moto X?


    Moto X bersama Eric Schmidt

    Moto X bersama Eric Schmidt

    Gambar-gambar ini telah diambil oleh seorang jurugambar bernama Gary He. Apa yang menariknya adalah model telefon pintar yang digunakan oleh Eric Schmidt ini sangat menyerupai model Moto X yang disebarkan di dalam laman blog daripada Vietnam, Tinh te. Perbezaan utamanya adalah warna. Satu berwarna putih manakala satu lagi berwarna hitam. Moto X dikatakan bakal menggunakan cip pemprosesan dwi teras 1.7GHz bersama RAM 2GB. Ia mungkin memiliki ruang storan dalaman sebanyak 16GB dan kamera 10 megapiksel di bahagian belakang. 

    Moto X bersama Eric Schmidt

    Moto X bersama Eric Schmidt

    [Sumber informasi & gambar] Tinh teGary He, Mashable

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain