• Percuma pakej HyppTV bagi setiap penaiktarafan UniFi

    UniFi Super Upgrade Deal - Percuma pakej HyppTV

    5 Julai 2013 - Telekom Malaysia Berhad (TM) telah memulakan langkah untuk mempromosikan pakej-pakej saluran HyppTV mereka dengan memperkenalkan kempen UniFi Super Upgrade Deal khas buat pelanggan UniFi mereka yang sedia ada. Pengguna UniFi VIP5 dan VIP10 hanya perlu menaik taraf pelan mereka kepada VIP10 ataupun VIP20 untuk menerima satu pakej percuma HyppTV selama 2 tahun. Buat masa ini, harga termurah bagi sebuah pakej HyppTV adalah RM30 sebulan. Jika dibuat pengiraan, anda boleh jimat sebanyak RM720 dalam masa dua tahun.

    Naik taraf pelan UniFi TM

    Antara pakej HyppTV yang ditawarkan buat pengguna adalah HyppTV Platinum Pack, HyppTV Ruby Pack dan HyppTV Sports Pack. Sayang sekali HyppTV Mega Pack tidak ditawarkan bersama, berkemungkinan besar kerana harganya yang berlainan daripada pakej yang lain iaitu RM50 sebulan.

    HyppTV Platinum Pack - RM 30 sebulan

    HyppTV Ruby Pack - RM 30 sebulan

    HyppTV Sports Pack - RM 30 sebulan

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi TM di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain