• Promosi Raya Aidilfitri 1434H daripada Celcom dan Maxis


    11 Julai 2013 - Walaupun hari ini merupakan hari kedua kita berpuasa untuk tahun 1434H (2013), itu tidak menghalang syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mempromosikan jualan murah untuk telefon-telefon pintar. Menggunakan tema beraya bersama telefon pintar yang baru, Celcom dan Maxis telah memulakan langkah awal bagi melariskan jualan masing-masing.

    Maxis telah mula menawarkan beberapa telefon pintar di dalam promosi Raya mereka termasuklah Samsung  Ga;axy S4 LTE, Mega, Note 2, iPhone 5, Nokia Lumia 520, dan Blackberry Q10. Menurut Maxis, setiap pembelian akan mendapat penjimatan sebanyak RM200. Promosi ini hanya sah sehingga 30 September ini. Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Maxis di sini.


    Berlainan pula untuk Celcom kerana mereka hanya menawarkan iPhone 5 bagi promosi Raya mereka. Pada harga serendah RM88 sebulan, pengguna boleh mendapatkan sebuah iPhone 5 pada harga RM1,488 di samping penggunaan data sehingga 5GB. Promosi ini hanya sah daripada 11 Julai sehingga 15 September 2013.

    Laman rasmi promosi Raya Celcom.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain