• Sampel gambar daripada Nokia Lumia 1020 (41MP)

    Nokia Lumia 1020

    12 Julai 2013 - Setelah kita mendengar khabar-khabar angin yang tersebar sejak bulan lalu, akhirnya Nokia secara rasminya telah memperkenalkan Nokia Lumia 1020 kepada umum. Kebanyakkan informasi yang telah tersebar sebelum ini adalah tepat di mana telefon pintar ini mempunyai kamera 41 megapiksel bersama-sama Xenon flash. Ini sudah pasti akan menggembirakan mereka yang selalu berharap Nokia PureView 808 menggunakan sistem operasi Windows Phone 8.

    Setiap kali anda menangkap gambar menggunakan Lumia 1020, ia akan menyimpan dua jenis gambar yang berlainan iaitu gambar 41MP dan 5MP. Agak sukar untuk mengkongsikan gambar bersaiz 41MP ke dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter, oleh itu gambar 5MP telah diperkenalkan sekali.

    Telefon pintar ini juga menggunakan teknologi OIS yang terdapat pada Lumia 920 bagi memastikan gambar-gambar yang diambil tetap jelas walaupun dalam keadaan bergegar ketika anda menangkap gambar. Xenon flash juga amat membantu untuk menangkap gambar di waktu malam atau gelap. Malah ia juga membenarkan anda membekukan pergerakan untuk penghasilan imej yang lebih jelas. Kesimpulannya Nokia Lumia 1020 merupakan suatu gabungan antara Lumia 920 dan PureView 808.

    Berikut merupakan gambar yang telah ditangkap menggunakan Nokia Lumia 1020:

    Sampel gambar Nokia Lumia 1020

    Sampel gambar Nokia Lumia 1020

    Sampel gambar Nokia Lumia 1020

    Sampel gambar Nokia Lumia 1020

    Sampel gambar Nokia Lumia 1020

    Dari segi spesifikasi, Nokia Lumia 1020 mempunyai cip pemprosesan dwi teras 1.5GHz Qualcomm Snapdragon Q4 dan 2GB RAM. Walaupun hanya menggunakan cip pemprosesan dwi teras, Windows Phone 8 tidak mempunyai sebarang untuk beroperasi dengan lancar. Ia mempunyai storan dalaman 32GB namun tiada sokongan microSD yang dibawakan bersama. Pengguna tetap boleh menggunakan storan awan seperti SkyDrive sebagai pengganti.

    Sama seperti Lumia 925, telefon pintar ini menggunakan 4.5 inci 1280x768 dengan paparan Clear Black AMOLED. Ia turut didatangkan dengan PureMotion HD+ dan Super Sensitive Touch. Selain itu, terdapat juga aksesori tambahan yang diperkenalkan bagi membantu pengguna mengecas Lumia 1020 di mana saja di samping memberi keselesaan untuk mereka menangkap gambar dengan grip kamera. Lumia 1020 didatangkan dalam 3 warna yang berbeza iaitu kuning, hitam dan putih.
    Nokia Lumia 1020

    Nokia Lumia 1020

    Nokia Lumia 1020

    Nokia Lumia 1020

    Nokia Lumia 1020

    Nokia Lumia 1020

    Nokia Lumia 1020 dan PureView 808

    Nokia Lumia 1020 dan PureView 808

    [Sumber informasi dan gambar] MyNokiaBlog, UnleashThePhones

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain