• Samsung masih tidak berputus asa dengan Tizen


    11 Julai 2013 - Samsung nampaknya tidak mahu mengaku kalah begitu sahaja walaupun sistem operasi baru mereka, Tizen bakal bersaing sengit dengan Android dan iOS. Sistem operasi mudah alih hasil kerjasama dengan Intel nampaknya bakal membuahkan hasil apabila paparan awal antara muka sistem berkenaan telah mula diperkenalkan. Namun, masalah utama bagi setiap sistem operasi yang baru adalah bilangan aplikasi yang berguna untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

    Mengetahui akan masalah ini, Samsung telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan membina aplikasi bagi sistem operasi Tizen. Pertandingan ini terbuka kepada semua pembina aplikasi di seluruh dunia dan bakal berakhir pada 1 November 2013. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu di laman rasmi pembina aplikasi Tizen di sini.

    Hadiah yang ditawarkan juga amat lumayan. Samsung telah melaburkan sejumlah USD4 juta bagi menarik minat pembina untuk mereka aplikasi yang terbaik bagi sistem operasi Tizen. Terdapat dua kategori utama yang dipertandingkan iaitu kategori permainan dan kategori bukan permainan. Hadiah utama bagi setiap kategori-kategori ini adalah USD200,000 dan USD120,000.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain