• Senarai kemaskini Amber PR2.0 untuk Nokia Lumia


    30 Julai 2013 - Ramai yang sedang menantikan kemunculan kemaskini Nokia Amber yang bakal hadir untuk Nokia Lumia tidak lama lagi. Pengguna Lumia dijangka bakal menerima kemaskini ini pada bulan hadapan walaupun sebelum ini kami ada melaporkan ia akan hadir pada bulan ini. Senarai penuh kemaskini Nokia Amber juga telah pun dikeluarkan dan menampakkan banyak perubahan terbaru seperti:

    • Glance - Penunjuk jam, dan bateri semasa mod bersedia (standby). Fungsi ini tidak menggunakan bateri yang banyak di samping membantu pengguna Lumia mengetahui waktu terkini dengan pantas. Fungsi ini amat serupa dengan apa yang terdapat pada Nokia N9 ketika ini.
    • Smart Camera - Membolehkan pengguna menangkap gambar yang terbaik setiap masa. Ia membolehkan pengguna membuang objek yang tidak diingini di dalam gambar dengan mudah. Gambar akan diambil secara banyak bagi membolehkan pengguna mendapatkan gambar yang terbaik.
    • FM Radio - Fungsi yang diimpikan oleh setiap pengguna telefon pintar Lumia. Ia membolehkan pengguna mendengar stesen radio melalui frekuensi FM walaupun dalam keadaan ketiadaan Internet.
    • Penjenamaan semula peta Nokia kepada HERE - kesemua aplikasi pemetaan di dalam Nokia akan berubah kepada Here Maps v3.4, Here Drive + v2.2 dan Here Transit v3.5.
    • Flip to Silence - Pengguna hanya perlu mengubah menterbalikkan telefon Lumia mereka untuk menukar kepada mod senyap apabila menerima sebarang panggilan yang tidak ingin dijawab.
    • Data Sense - Mengawal penerimaan dan penghantaran data Internet pada telefon Lumia melalui pemampatan trafik web.
    • Skype VoIP - Skype pada Lumia bakal menyokong VoIP (Voice over Internet Protocol).
    [Sumber informasi] MyNokiaBlog

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain