• Senarai telefon Sony yang bakal menerima kemaskini Android 4.3


    26 Julai 2013 - Sony merupakan pengeluar yang pertama mengumumkan senarai telefon pintar yang bakal menerima kemaskini terkini Android 4.3. Nampaknya Sony pandai mengambil peluang kerana Android versi terkini itu baru sahaja diumumkan semalam. Sudah pasti ramai pengguna setia Sony akan lega dengan berita ini. Berikut adalah senarai telefon pintar Sony yang bakal menerima kemaskini terbaru ini:
    • Sony Xperia Z
    • Sony Xperia ZL
    • Sony Xperia ZR
    • Sony Xperia Tablet Z
    • Sony Xperia SP
    • Sony Xperia Z Ultra
    Berdasarkan blog SonyMobile, terdapat beberapa buah telefon pintar yang akan merima kemaskini secara terus daripada versi 4.1 kepada 4.3. Informasi berkenaan akan dikemaskini dari masa ke semasa melalui akaun Twitter @SonyMobileNews. Buat masa ini, Sony masih sibuk membawa kemaskini Android 4.2 ke dalam Xperia Z dan Xperia ZL. Tiada sebarang tarikh yang telah dikongsikan untuk tarikh kemaskini 4.3.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain