• Smart TAG kini berwajah baru


    24 Julai 2013 - Buat pemandu di sekitar Lembah Klang, penggunaan Smart TAG sudah semestinya tidak asing lagi kerana ia mampu mempercepatkan proses pembayaran tol. Kini pihak Touch 'n Go Sdn Bhd telah memperkenalkan rekaan terbaru Smart TAG bagi menggantikan versi yang lama. Smart TAG terbaru ini lebih kecil dan ringan berbanding yang lama dan rekaannya tampak lebih elegen dengan penggunaan warna hitam. Ia menggunakan bateri 9 volt. Mungkin di masa akan datang, mereka boleh mempertimbangkan penggunaan tenaga suria bagi menjana peranti ini.

    Bagi yang ingin mendapatkan Smart TAG terbaru ini, anda boleh mendapatkannya di mana-mana pusat servis Touch 'n Go ataupun TnG Spot di stesen Petronas yang terpilih. Harganya, RM120 seunit.




  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain