• Sony Xperia 'Honami' bakal memiliki 20 megapiksel kamera?


    16 Julai 2013 - Nampaknya perang kamera antara telefon pintar semakin menjadi-jadi apabila Sony pula dikatakan bakal memperkenalkan Sony Xperia 'Honami' yang dilengkapi dengan sensor kamera 20.7MP ExmorRS dengan 'G-lens'. Buat masa ini reka bentuk telefon pintar yang belum diumumkan ini masih menjadi tanda tanya dan terdapat banyak spekulasi yang mengatakan ia tidak akan kelihatan seperti sebuah Samsung Galaxy S4 Zoom.

    Laman ePrice daripada Taiwan telah mula mendedahkan spesifikasi awal Sony Xperia 'Honami'. Mereka mendakwa telefon pintar ini bakal menggunakan cip pemprosesan empat teras 2.2GHz Snapdragon 800-series beserta RAM 2GB. Ia juga bakal memiliki storan dalaman sebesar 16GB dan mampu menyokong kad microSD. Baterinya yang sebesar 3,000mAh sudah pasti cukup untuk mereka yang gemar menangkap gambar sepanjang hari.




    Sony bakal mengadakan sidang media mereka pada 4 September ini di Berlin, Jerman bagi memperkenalkan produk terbaru mereka untuk tahun 2013. Dijangkakan Sony Xperia 'Honami' ini akan diperkenalkan secara rasmi pada tarikh berkenaan. Mungkinkah telefon baru ini bakal menjadi pesaing buat Nokia Lumia 1020 dan Samsung Galaxy S4 Zoom?

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain