• Spesifikasi BlackBerry A10 tersebar


    16 Julai 2013 - Setelah gambar awal BlackBerry A10 tersebar di dunia maya, kini spesfikasi awal telefon pintar yang belum diumumkan oleh RIM telah mula kelihatan. Berdasarkan maklumat yang telah dikongsikan oleh seorang ahli forum CrackBerry, BlackBerry A10 bakal menggunakan cip pemprosesan dwi teras 1.7GHz Qualcomm MSM8960 Pro dan 2GB RAM. Ia juga dikatakan akan menyokong sambungan Internet mudah alih terpantas, 4G LTE di samping mempunyai NFC dan DLNA. 

    Informasi yang paling menarik adalah telefon pintar ini bakal memiliki bateri sebesar 2,800 mAh. Ia sudah pasti dapat bertahan lebih lama berbanding telefon pintar yang sedia ada di pasaran. Telefon terbaru daripada RIM ini berkemungkinan besar menggunakan sistem operasi BlackBerry 10.2.



    [Sumber informasi] Engadget

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain