• Teknologi 3D di sebalik filem World War Z

    Teknologi di sebalik World War Z

    9 Julai 2013 - Sudahkah anda menonton filem World War Z di panggung? Filem ini telah menghasilkan impak yang berlainan daripada filem zombie biasa di mana selalunya pengarah akan menyifatkan zombie sebagai makhluk yang perlahan. Filem World War Z memperlihatkan sifat zombie yang lebih kontra daripada biasa di mana ia sangat pantas dan bergerak secara berkumpulan seolah-oleh seperti semut api yang sedang bekerja sama. Persoalannyan, bagaimanakah efek zombie bergerak dengan pantas ini dapat dihasilkan di dalam filem ini?

    Teknologi di sebalik World War Z

    Menerusi video yang dikongsikan oleh Wired, Motion Picture Company telah menggunakan teknik yang sama seperti di dalam filem The Two Towers. Mereka telah menghasilkan zombie-zombie 3D ini sebagai individu (agen) yang berasingan dan mampu bergerak mengikut kehendak masing-masing. Teknologi terkini Artificial Intelligence (AI) yang diberi nama Alice juga telah direka bagi memastikan zombie-zombie berkenaan bergerak dengan efek yang lebih realistik. Sekiranya teknologi ini tidak digunakan, para pereka grafik bakal menghadapi masalah kerana mereka perlu membuat animasi bagi setiap zombie secara manual. Agaknya filem di Malaysia akan gunakan teknik begini di masa akan datang?

    [Sumber infromasi] Wired

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain