• U Mobile perkenalkan perkongsian pelan data dan panggilan untuk 3 peranti

    U Mobile - Internet Share Plan

    17 Julai 2013 - Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu gajet, anda sudah pasti akan berhadapan dengan masalah terlalu banyak pelan data yang perlu dilanggan. Bagi mengatasi masalah ini, U Mobile telah menawarkan pelan terbaru Internet Share Plan di mana ia memberikan pengguna 2 kad SIM percuma serta perkongsian data dan panggilan dalam satu pelan sahaja. Ini bermakna pengguna akan dapat berjimat dengan lebih banyak kerana bayaran bulanan untuk pelan ini adalah serendah RM68 sahaja.

    Internet Share Plan daripada U Mobile menawarkan data Internet 3GB di samping panggilan percuma untuk 60 minit yang pertama setiap bulan. Sekiranya 2 kad SIM yang ditawarkan secara percuma tidak cukup, pengguna boleh menambah satu lagi kad SIM pada harga tambahan RM10 sebulan. Selain daripada itu, pengguna juga boleh melanggan kepada Booster Plan untuk penambahan data sebanyak 1.5GB untuk 3 hari sekiranya data 3GB yang disediakan tidak mencukupi. Pengguna hanya perlu menambah sebanyak RM10 sahaja pada satu masa.

    Berikut adalah perincian pelan dan kadar panggilan dan SMS bagi Internet Share Plan:

    U Mobile - Internet Share Plan

    U Mobile - Internet Share Plan - Kadar

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain