• Bilangan muat turun aplikasi di dalam Google Play mengatasi Apple App Store


    1 Ogos 2013 - Buat pertama kalinya, Google Play telah berjaya mengatasi Apple App Store dari segi bilangan aplikasi yang dimuat turun ke dalam peranti di seluruh dunia. Menerusi laporan daripada App Annie, pada penghujung suku kedua 2013, Google Play berjaya mengatasi App Store sebanyak 10%. Kadar peningkatan muat turun yang mendadak ini berkemungkinan besar terjadi kerana pertumbuhan pengguna yang tinggi di negara-negara seperti Rusia, India dan Indonesia.

    Walau bagaimanapun, App Store masih lagi mengaut keuntungan yang lebih banyak berbanding Google Play apabila ia mendahului lebih daripada 2.3 kali ganda keuntungan. Statistik ini juga menyokong dakwaan bahawa pengguna Apple lebih sanggup untuk berbelanja lebih untuk aplikasi peranti berbanding pengguna Android.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain