• EPL bakal hadir di dalam HyppTV


    1 Ogos 2013 - Tidak lama lagi, pengguna HyppTV bakal boleh menonton perlawanan bola English Barclays Premier League (BPL) secara langsung kerana pihak Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Astro Malaysia Holding Berhad telah menandatangani perjanjian bersama untuk tempoh 3 tahun. Melalui perjanjian ini, HyppTV bakal menawarkan saluran Astro SuperSports HD dan Astro SuperSports 2 HD tidak lama lagi.


    Menurut CEO TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, HyppTV akan menayangkan 6 perlawanan BPL daripada 10 perlawanan yang ditayangkan di Astro. Melalui hasil kerjasama Astro dan TM ini, dijangkakan bilangan pengguna HyppTV bakal bertambah terutama apabila HyppTV turut diperkenalkan untuk pengguna Streamyx dan juga telefon pintar semalam.

    [Sumber informasi & gambar] Amanz dan Bernama

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain