• Google Glass mungkin dihasilkan secara meluas oleh Motorola

    6 Ogos 2013 - Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar kerjasama erat antara Google dan Motorola dalam penghasilan teknologi terbaru daripada Google. Tidak mustahil juga jika dikatakan Motorola berkemungkinan bakal menjadi pengeluar utama Google Glass di masa akan datang untuk pasaran pengguna di seluruh dunia. Tambahan pula Motorola sememangnya adalah salah sebuah anak syarikat Google.

    Berdasarkan informasi daripada Wall Street Journal, Motorola dikatakan telah terbabit dalam membantu Google untuk pembangunan projek peranti termasuklah Google Glass. Menurut Dennis Woodside, ketua pegawai Motorola, tiada lagi perjanjian rasmi berkenaan Google Glass bersama Motorola namun tidak menolak kemungkinan peluang itu bakal muncul di masa depan.

    Buat masa ini, masalah utama yang terdapat pada Google Glass adalah kos pengeluarannya yang tinggi dan harganya pasti akan kurang bersesuaian jika ingin dipasarkan kepada pengguna. Sekiranya Motorola dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran ini, Google Glass dijangka menjadi produk popular di kalangan pengguna.

    [Sumber informasi] Android Community

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain