• #hashtag biasa yang dibuang dan diharamkan dari Instagram

    29 Ogos 2013 - Penggunaan #hashtag sememangnya sudah menjadi kebiasaan di kalangan pengguna tegar laman media sosial seperti Twitter, Instagram, Pinterest dan Facebook. Malah ada beberapa pihak yang menjangkakan #hashtag bakal menjadi penghubung untuk semua laman media sosial kelak di masa depan. Tidak hairanlah ini berlaku kerana #hashtag memang banyak membantu pencarian pengguna di laman web.

    Namun #hashtag juga seringkali di salah guna untuk tujuan yang tidak elok seperti pencarian gambar-gambar lucah dan sebagainya. Bagi menangani masalah ini, Instagram telah mengharamkan dan membuang mana-mana #hashtag yang berkaitan dari dalam pengkalan data mereka. Walau bagaimanapun, tahukah anda terdapat juga beberapa #hashtag biasa yang telah dibuang dari dalam Instagram iaitu:

    • #iphone
    • #iphone4s
    • #iphoneography
    • #ig
    • #kikmenow
    • #instagram
    • #ilovemyinstagram
    • #photography
    • #popular
    • #popularpage

    Menurut kenyataan daripada pihak Instagram, #hashtag biasa ini dibuang kerana ia adalah terlalu generik dan tidak mendatangkan sebarang nilai untuk para penggunanya.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain