• iOS7 melepasi versi beta pada 10 September?

    28 Ogos 2013 - Berdasarkan sebuah emel yang diterima oleh Owen William, seorang pereka aplikasi, Apple berkemungkinan akan melancarkan iOS7 kepada semua pengguna seawal 10 September ini iaitu ketika berlangsungnya majlis Apple bersama media. Emel ini telah dihantar oleh Nuance, iaitu sebuah syarikat yang berkerjasama dengan Apple di dalam projek Siri.

    Dengan adanya berita ini, ia bermakna sistem operasi iOS7 bakal mencapai fasa stabil dan melepasi versi beta yang sebelum ini hanya boleh dimuat turun oleh pereka aplikasi yang berdaftar bersama Apple. Syarikat ini juga dikatakan bakal memperkenalkan iPhone 5S dan iPhone 5C pada hari yang sama.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain