• iPhone 5S bakal hadir dalam warna keemasan

    26 Ogos 2013 - Sedang kita asyik mendengar khabar berita berkenaan iPhone bajet rendah, kita seakan-akan terlupa bahawa terdapat sebuah lagi iPhone juga bakal dilancarkan sebelum penghujung tahun ini. Pengganti kepada iPhone 5 iaitu iPhone 5S dikatakan bakal membawakan pembaharuan terbaru termasuk menggunakan iOS 7 yang terkini. Malah terdapat juga khabar angin yang mengatakan telefon terbaru Apple ini bakal didatangkan dalam warna keemasan di samping warna hitam yang menjadi kebiasaan.

    Dari segi teknologi, kita boleh menjangkakan peningkatan pada bahagian kamera. Kamera pada iPhone 5S bakal memiliki aperture yang lebih besar untuk menandingi HTC One di samping mampu menghasilkan gambar yang lebih berkualiti walaupun ketika pengcahayaan yang kurang.

    Apple mungkin akan memperkenalkan cip pemprosesan A7 untuk iPhone 5S di samping saiz storan dalaman yang lebih besar (jangkaan awal sebesar 128GB). Penambahan yang ditunggu-tunggu adalah sistem biometrik yang dikatakan diletakkan pada butang Home iPhone 5S. Perkara ini mungkin terjadi kerana Apple sebelum ini pernah mengambil alih sebuah syarikat biometrik, AuthenTec.

    Telefon ini dijangkakan bakal dilancarkan pada 10 September 2013 dan mula dipasarkan pada 20 September di beberapa buah negara terpilih seperti Amerika dan Britain.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain