• Moto X mungkin tidak akan hadir ke negara Asia

    4 Ogos 2013 - Akhirnya Motorola telah memperkenalkan Moto X secara rasminya. Kebanyakkan rekaan luaran telefon berkenaan adalah sama seperti yang kita ketahui melalui khabar-khabar angin sebelum ini. Apa yang mengecewakan adalah telefon ini hanya akan dijual di Amerika Utara sahaja buat masa ini dan negara-negara Asia berkemungkinan besar tidak akan menerimanya.

    Apa yang menjadikan Moto X unik berbanding telefon yang sedia adalah ia boleh direka oleh pengguna itu sendiri dengan menggunakan Moto Maker. Ia membolehkan pengguna mengubahsuai warna luaran Moto X mengikut kehendak mereka termasuklah panel hadapan dan belakang, butang bunyi dan rim kamera. Setelah itu, pengguna hanya perlu menunggu selama 4 hari untuk penghantaran terus ke rumah mereka. Telefon ini dipasangkan di Amerika Syarikat (Texas) dan dijual pada harga USD199 (16GB) dan USD249 (32GB)

    Dari segi spesifikasi, Moto X mempunyai skrin sebesar 4.7 inci dengan paparan 720p AMOLED. Ia menggunakan cip pemprosesan dwi teras (sayangnya bukan empat teras) 1.7GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro dengan RAM 2GB. Kamera di bahagian belakangnya menggunakan sensor 10 megapiksel ClearPixel dan dilengkapi dengan bateri 2,200 mAh yang tidak boleh ditukar ganti.

    Moto X kelihatan lebih menarik dari segi bahagian dalaman kerana ia dilengkapi dengan fungsi Active Display yang menunjukkan masa dan notifikasi yang masih belum dibaca (hampir sama seperti fungsi Nokia Glance). Ia turut didatangkan dengan fungsi Touchless Control bagi memudahkan pengguna mengawal telefon ini tanpa perlu mengusiknya dengan memulakan arahan dengan ayat "Ok Google Now". Moto X masih menggunakan Android versi 4.2.2 dan bukannya 4.3 seperti yang digembar-gemburkan.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain