• Negara yang mempunyai Internet terpantas suku pertama 2013


    23 Ogos 2013 - Berdasarkan statistik bagi suku pertama 2013 daripada Statista, Korea Selatan telah mendahului senarai negara yang mempunyai sambungan Internet yang terpantas di dunia dengan purata kelajuan sebanyak 14.2 Mbps bagi setiap pengguna. Negara berkenaan sememangnya sudah sinonim dengan sambungan Internet yang terbaik di samping kadar penggunaan Internet yang tinggi di kalangan masyarakatnya.

    Jepun juga tidak kurang hebatnya apabila ia berada di tangga kedua dengan kelajuan purata 11.7 Mbps. Penguasaan kelajuan Internet di negara-negara Asia terus berterusan apabila Hong Kong berada di tangga ketiga dengan kelajuan purata 10.9 Mbps.

    Antara negara-negara lain yang turut tersenarai mempunyai kelajuan Internet terpantas di dunia adalah Switzerland (10.1 Mbps), Netherlands (9.9 Mbps), Latvia (9.8 Mbps), Czech Republic (9.6 Mbps), Sweeden (8.9 Mbps), Amerika Syarikat (8.6 Mbps) dan Denmark (8.2 Mbps). Persoalannya bilakah Malaysia bakal termasuk di dalam senarai ini?


    Sumber informasi : Statista
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain