• Plants vs Zombies 2 kini sedia dimuat turun pengguna iOS

    15 Ogos 2013 - Setelah sekian lama menunggu, akhirnya pengguna iOS (iPhone, iPad dan iPod Touch) di Malayasia kini sudah boleh memuat turun sekuel kepada permainan popular Plants vs Zombies mulai hari ini. Plants vs Zombies 2 membawakan tema 'It's About Time' di mana pemain akan dibawa merentasi masa untuk menentang Zombie. Terdapat banyak Plants baru yang diperkenalkan bagi membantu anda mengalahkan Zombie.

    PopCap juga telah memperkenalkan sokongan Facebook di dalam permainan ini. Permainan ini juga menyokong sistem operasi iOS 7 yang dijangka bakal hadir sebelum penghujung tAhun ini. Pihak IGN telah memberi markah sebanyak 8.5/10 untuk Plants vs Zombies 2 dan mengatakan ia dipersembahkan dengan cantik serta sangat ketagih untuk dimainkan berkali-kali.

    Muat turun Plants vs Zombie 2 untuk iPhone dan iPod Touch

    Muat turun Plants vs Zombies 2 untuk iPad dan iPad Mini

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain