• Samsung Galaxy Golden - Telefon Android Flip

    24 Ogos 2013 - Samsung nampaknya amat yakin bahawa era telefon jenis "Flip" bakal kembali popular semula di kalangan pengguna. Mereka telah memperkenalkan sebuah telefon pintar Android "Flip" terbaru yang diberi nama Samsung Galaxy Golden. Telefon ini mempunyai dwi skrin bersaiz 3.7 inci dengan teknologi Super AMOLED. Ia dijanakan dengan cip pemprosesan dwi teras 1.7 GHz dan menggunakan sistem operasi Android 4.2.

    Kamera dengan sensor 8 megapiksel turut disertakan bersama-sama dengan transmitor radio FM. Selain itu, terdapat juga pedometer yang berfungsi bersama aplikasi S Health dan aplikasi pengenalan kad bisnes. Buat masa ini ia hanya dijual di Korea sahaja pada harga 790,000 won iaitu bersamaan dengan RM2,300.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain