• Shine - Perekod aktiviti fizikal seharian yang elegan


    9 Ogos 2013 - Selain daripada Nike Plus FuelBand yang sering digunakan untuk merekod aktiviti fizikal pengguna setiap hari, terdapat banyak lagi syarikat lain yang mengeluarkan produk yang hampir serupa dalam bentuk yang berlainan. Sebagai contohnya, Shine yang dikeluarkan oleh Misfit. Syarikat berkenaan merupakan milik kepada bekas CEO Apple iaitu John Sculley.

    Shine mampu diletakkan di mana-mana bahagian baju atau badan pengguna mengikut kehendak mereka. Rekaan yang unik dan elegen, membenarkan ia dijadikan sebagai aksesori di pergelangan tangan, kaki, leher mahupun baju. 





    Anda boleh menggunakan iPhone atau iPod Touch untuk melihat mata yang telah berjaya dikumpul sama seperti Nike Plus melalui Bluetooth. Selain itu, peranti ini juga boleh menunjukkan waktu serta merekod tahap kelenaan ketika pengguna sedang tidur. Oleh kerana ia kalis air, pengguna tidak perlu risau jika ingin membawanya ke kolam renang ataupun ketika hujan. Baterinya mampu bertahan selama 4 bulan dan boleh ditukar dengan mudah (bateri CR2032).


    [Laman rasmi] Misfit
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain