• Sony Xperia Tablet Z mula menerima kemaskini Android 4.2.2

    6 Ogos 2013 - Sony sejak akhir-akhir ini memang sibuk dengan kemaskini Android untuk setiap produk terbaru mereka. Terkini, tibalah giliran pengguna Xperia Tablet Z pula untuk menerima kemaskini Android 4.2.2 seperti yang dijanjikan. Kemaskini ini boleh dibuat melalui OTA dengan menggunakan sambungan WiFi.

    Apa yang jelas kelihatan pada kemaskini terbaru ini adalah ia mempunyai antaramuka yang baru di mana ia menggabungkan antaramuka lama dan baru yang terdapat pada Nexus 7 dan Nexus 10. Butang navigasi telah diletakkan di bahagian bawah tengah manakala sistem notifikasinya telah diselaraskan sama seperti yang terdapat pada telefon Android yang biasa.

    Kemaskini yang berterusan daripada Sony ini sudah pasti merupakan salah satu taktik mereka untuk bersaing dengan produk Samsung. Diharapkan ia akan berterusan untuk kemaskini Android 4.3 nanti.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain