• WeChat untuk iOS menerima kemaskini 5.0

    6 Ogos 2013 - Aplikasi WeChat hari ini telah menerima kemaskini terbaru 5.0 dan boleh dimuat turun oleh semua pengguna iOS. Kemaskini terbaru ini membawakan banyak fungsi terbaru termasuklah ikon aplikasi yang kini sudah berubah wajah. Fungsi yang paling jelas kelihatan pada versi terbaru ini adalah Sticker Shop. Ia membolehkan pengguna menambah lebih banyak pelekat ke dalam aplikasi WeChat mereka dengan membelinya pada harga USD0.99 bagi setiap 5 pelekat yang baru.

    Selain daripada itu, terdapat juga fungsi Hold Together yang membolehkan pengguna berhubung dengan rakan-rakan mereka bergantung pada lokasi mereka berada. Buat masa ini, WeChat memiliki 400 juta akaun yang berdaftar dari seluruh dunia di mana 70 juta daripadanya berasal daripada luar China. Pengguna Android dijangka bakal menerima kemaskini ini dalam masa terdekat.

     

    Muat turun aplikasi WeChat ke dalam iPhone dan iPod Touch

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain